SRPPSDSB Kaunseling dan Bimbingan

"Bukanlah hidup kalau tiada masalah"

Lawatan murid-murid tahun 6 ke penjara Jerudong





Seramai 50 orang murid termasuk guru tahun 6 telah mengadakan lawatan ke penjara Jerudong. Lawatan ini salah satu aktiviti murid-murid tahun 6 selepas menghadapi peperiksaan PSR.


Lawatan guru-guru “Staff Development” ke penjara Jerudong

Lawatan ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada guru-guru fungsi dan peranan penjara jerudong. Seramai 30 lebih guru menghadiri lawatan tersebut.


Program Bimbingan Bijak Belajar Tahun 6

Program ini bertujuan memberikan motivasi serta memberikan ceramah

mengenai tekni-teknik belajar yang betul dengan menggunakan SQ3R. Program ini dikendalikan oleh Guru Pembimbing dan pembantunya, juga dibantu oleh guru-guru tahun 6.

Pelancaran Kempen Sopan Santun

Pelancaran Kempen Sopan Santun ini diadakan bagi mengikuti pertandingan KTM (Kumpulan Tunas Mekar) yang bertemakan “Sopan Santun budaya kita” Selepas pelancaran ini maka bermulalah kempen sopan santun yang mana murid-murid hendaklah sentiasa bersikap sopan dengan memberikan maklumat-maklumat mengenainya.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu aktiviti-aktiviti yang di buat di sekolah mengenai kempen sopan santun dan pertandingan drama sketsa yang bertemakan sopan santun.Sekolah ini telah mengadakan beberapa kempen sopan santun yang meliputi semua peringkat rendah dan atas seperti ceramah pencerapan akhlak kepada semua murid-murid, peraduan mewarna, mengarang,melukis poster,book mark dan sebagainya. Disamping itu juga memberikan ceramah motivasi setiap waktu perbarisan pagi.Diakhir kempen ini telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan yang di pertandingkan dengan menjemput Tetamu Kehormat Iaitu Cikgu Pg Yassin Bin Pg Hj Mahmud, Pegawai Kaunseling di BKBBK, Kementerian Pendidikan. Sekolah ini telah berjaya ke peringkat akhir dengan menduduki tempat yang ke 5 dari 6 buah sekolah yang berjaya ke peringkat akhir.

"Leaflet" Teknik Belajar Berkesan - SQ3R



"Leaflet" Kemahiran Belajar - Membina Matlamat



Aktiviti Kaunseling Kelompok

Sessi kaunseling kelompok yang telah dijalankan oleh kaunselor sekolah.




Introducing the members

Salam everyone!

Today, we took pictures of our KTM members. The theme of the project this year is "Sopan Santun."

So not to waste any more time, here are the pictures.



Bottom (Left to Right): Cg Latifah, Cg Murti (PGB1), Cg Pg Zaiton (GB), Cg Dzulbahrin (PGB2), Cg Ahmad Faisaldin, Cg Morni
Top (Left to Right): Ustaz Hozir, Cg Hjh Huda Sabrina, Cg Hjh Rohanawati, Cg Isma Hidayyati, Cg Amalinah, Cg NorWajihah, Cg Siti Rahmahwati, Ustaz Rabbani Maksum
Missing: Cg Taisah and Cg Dk Norul Azimah



Bottom (Left to Right): Cg Latifah, Cg Murti (PGB1), Cg Pg Zaiton (GB), Cg Dzulbahrin (PGB2), Cg Pg Haji Aji and Cg Haji Zaini
Top (Left to Right): Ustaz Hozir, Cg Hjh Rohanawati, Cg Hjh Huda Sabrina, Cg Maznadzirah, Cg Isma Hidayyati, Cg Hjh Nepisah, Cg Siti Rahmahwati, Cg Amalinah, Ustaz Rabbani Maksum
Missing: Cg Taisah and Cg Dk Norul Azimah

Ceramah Motivasi




Ceramah motivasi bagi semua warga sekolah telah diadakan pada 25hb mei 2010 bertempat di Dewan serbaguna SR PPSD Sahibul Bandar, kira-kira pukul 2 petang. Ceramah tersebut mengenai motivasi pekerjaan guru dan kakitangan sekolah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas seharian.







Acara tersebut dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah yang dipimpin oleh Cikgu Hj Zaini Bin Sahbuddin dan diteruskan dengan ceramah yang di sampaikan oleh Cikgu Ali Yusri Bin Gapor.


Pembukaan Bilik Kaunseling

Pada 11hb Mei 2010, pukul 8.30 pagi, perasmian Bilik Kaunseling telah dirasmikan oleh pegawai Kaunseling BKBBK Kementerian Pendidikan(kaunselor lawatan) Cikgu Hjh Pasah binti Hj Ahmad, turut hadir juga ialah Cikgu Hjh Roslin, Pegawai Kaunseling, Penyelia kawasan Brunei IV, Cikgu Pg Hamdan bin Pg Abd Rahman dan Penolong Guru Besar I, SRPPSDSB iaitu Cigku Murti Ranggau.

Acara dimulakan dengan pemotongan reben depan pintu bilik Kaunseling dan seterusnya para jemputan, PGB 1 dan guru kaunselor serta AJK PBS telah menyaksikan pameran dan gambar-gambar aktiviti kaunseling yang dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah. Majlis tersebut di akhiri dengan bacaan doa kesyukuran sempena perasmian bilik kaunseling.

Gambar - Gambar Bilik Kaunseling dan Bimbingan Sekolah

Di bawah adalah sebahagian gambar yang diambil di dalam Bilik Kaunseling dan Bimbingan Sekolah ini.




















Ahli Jawatankuasa Guru-Guru Bimbingan Kawasan Brunei III Tahun 2010/2011

Motivasi Guru Tahun 6

Pada 30hb Mei 2010, program ini adalah kerjasama Bahagian Kaunseling dan Kerjaya. Jabatan Sekolah- Sekolah, Kementerian Pendidikan melalui unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dengan Ahli Jawatankuasa Guru-Guru Bimbingan sekolah-sekolah Rendah seluruh negara. Program ini diadakan di Dewan Sekolah Rendah Rimba II.

Tujuan ceramah ini diadakan ialah:
  • Memberi dorongan kepada guru-guru berkenaan agar lebih bermotivasi.
  • Memberikan tips motivasi untuk PSR.
  • Menangani masalah 'Stress' di kalangan guru tahun 6.
  • Berkongsi maklumat dan kepakaran di antara guru-guru tahun 6.




Papan Motivasi


Papan motivasi yang terdapat di setiap lorong di SRPPSD Sahibul Bandar.

Cikgu Siti Rahmawati binti Haji Mohd Tanjong

Cikgu Siti Rahmawati binti Haji Mohd Tanjong
Pembantu Kaunselor 1

Kaunselor Profil

Kelulusan: 1) B.Islamic Studies(Syariah) UBD 1997-2001 2) PGCE (TASL)-2004/2005 Jawatan: Pegawai Pelajaran Dilantik guru Kaunseling:2008 Mula mengajar:2002 Mengajar SRPPSD Sahibul Bandar: 2005 hingga sekarang. Mengikuti Kursus Asas Kaunseling yang di anjurkan oleh BKBBK Kem.Pendikan. Guru Mata Pelajaran: B.melayu Tahun 4.

Cikgu Isma Hidayyati binti Hj Ismail

Cikgu Isma Hidayyati binti Hj Ismail
Pembantu Kaunselor 2

Islamic Widget

Islamic Clock

Islamic Calendar

Followers

Counter

Leave your message


ShoutMix chat widget

SahibulBandar Facebook

Portal Kementerian Pendidikan

sahibulbandar.kaunseling. Powered by Blogger.