SRPPSDSB Kaunseling dan Bimbingan

"Bukanlah hidup kalau tiada masalah"

Motivasi Guru Tahun 6

Pada 30hb Mei 2010, program ini adalah kerjasama Bahagian Kaunseling dan Kerjaya. Jabatan Sekolah- Sekolah, Kementerian Pendidikan melalui unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dengan Ahli Jawatankuasa Guru-Guru Bimbingan sekolah-sekolah Rendah seluruh negara. Program ini diadakan di Dewan Sekolah Rendah Rimba II.

Tujuan ceramah ini diadakan ialah:
  • Memberi dorongan kepada guru-guru berkenaan agar lebih bermotivasi.
  • Memberikan tips motivasi untuk PSR.
  • Menangani masalah 'Stress' di kalangan guru tahun 6.
  • Berkongsi maklumat dan kepakaran di antara guru-guru tahun 6.




Papan Motivasi


Papan motivasi yang terdapat di setiap lorong di SRPPSD Sahibul Bandar.

Program Bimbingan Kelompok Teknik Bijak Belajar Tahun 6 Sekolah Rendah Rimba I




Pada 20 Mac 2010, Ahli Jawatankuasa Guru-Guru Bimbingan Kawasan Brunei III Tahun 2010/2011 telah mengadakan program bimbingan kelompok teknik belajar bagi murid tahun 6 Sekolah Rendah Rimba I. Aktiviti ini adalah salah satu rancangan tahunan Ahli Jawatankuasa Guru-Guru Bimbingan Brunei III. Sekolah pertama yang mengadakan program ini ialah Sekolah Rendah Rimba I, yang mana akan diikuti oleh sekolah-sekolah rendah yang lain kawasan Brunei III mengikut tarikh yang telah dijadualkan.

Motivasi Kepimpinan Prefek 2010





Pada 10 Februari 2010 yang lalu, Perkhidmatan Bimbingan Sekolah telah mengadakan satu motivasi kepimpinan kepada prefek-prefek terpilih Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar yang terdiri dari tahun 4 hingga 6. Seramai 38 murid yang dilantik menjadi prefek pada tahun ini. Tujuan motivasi prefek ini ialah memberikan pendedahan ciri-ciri kepimpinan yang patut ada dalam diri seorang prefek dan memberikan taklimat tugas dan tanggungjawab prefek sekolah.

Aktiviti Kaunseling dan Ceramah

Sebahagian aktiviti sudah dijalankan di sekolah ini ialah:


1. Ceramah motivasi kepada Prefek-prefek SRPPSD Sahibul Bandar 2010

2. Ceramah motivasi PSR bagi pelajar Tahun 6, 2010.



Cikgu Siti Rahmawati binti Haji Mohd Tanjong

Cikgu Siti Rahmawati binti Haji Mohd Tanjong
Pembantu Kaunselor 1

Kaunselor Profil

Kelulusan: 1) B.Islamic Studies(Syariah) UBD 1997-2001 2) PGCE (TASL)-2004/2005 Jawatan: Pegawai Pelajaran Dilantik guru Kaunseling:2008 Mula mengajar:2002 Mengajar SRPPSD Sahibul Bandar: 2005 hingga sekarang. Mengikuti Kursus Asas Kaunseling yang di anjurkan oleh BKBBK Kem.Pendikan. Guru Mata Pelajaran: B.melayu Tahun 4.

Cikgu Isma Hidayyati binti Hj Ismail

Cikgu Isma Hidayyati binti Hj Ismail
Pembantu Kaunselor 2

Islamic Widget

Islamic Clock

Islamic Calendar

Followers

Counter

Leave your message


ShoutMix chat widget

SahibulBandar Facebook

Portal Kementerian Pendidikan

sahibulbandar.kaunseling. Powered by Blogger.