Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu aktiviti-aktiviti yang di buat di sekolah mengenai kempen sopan santun dan pertandingan drama sketsa yang bertemakan sopan santun.Sekolah ini telah mengadakan beberapa kempen sopan santun yang meliputi semua peringkat rendah dan atas seperti ceramah pencerapan akhlak kepada semua murid-murid, peraduan mewarna, mengarang,melukis poster,book mark dan sebagainya. Disamping itu juga memberikan ceramah motivasi setiap waktu perbarisan pagi.Diakhir kempen ini telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan yang di pertandingkan dengan menjemput Tetamu Kehormat Iaitu Cikgu Pg Yassin Bin Pg Hj Mahmud, Pegawai Kaunseling di BKBBK, Kementerian Pendidikan. Sekolah ini telah berjaya ke peringkat akhir dengan menduduki tempat yang ke 5 dari 6 buah sekolah yang berjaya ke peringkat akhir.
0 comments:
Post a Comment